Kastard Sovouri (mengukus)

Ramuan / Bahan

1 biji telur
125 ml air
30 gm pes ikan/daging cincang
½ keping tauhu putih yang lembut
1 tangkai daun bawang 1 tangkai daun ketumbar
½ sudu minyak
Sedikit serbuk lada sulah
½ sudu kicap cair
¼ sudu garam

Cara-cara

Jerangkan pengkukus. Sediakan pes daging/ikan. Bubuh perasa,iaitu minyak,sos & lada sulah pada daging/ikan. Sediakan telur & mangkuk kastard.Pecahkan telur ke dalam mangkuk & pukul perlahan-lahan. Lecekkan tauhu dengan garpu. Sapu mengkuk kastard dengan minyak. Sediakan kastard.Campurkan sekali daging/ikan yang telah dibubuh perasa & tauhu yang telah dilecek dengan telur yang dipukul & gaul rata-rata. Tuangkan ke dalam mangkuk kastard. Tutup mengkuk kastard dengan menjadi kertas minyak & kukus selama 1/2 jam hingga kastard dengan menjadi pepejal. Hiaskan dengan daun bawang & daun ketumbar. Hidangkan semasa panas.