Kari Telur Mudah dan Murah

Ramuan / Bahan

6 biji telor
5 sudu besar Rempah kari daging
2 biji tomato dipotong empat
½ liter stok ayam
garam secukup rasa
Sedikit minyak

Bahan-bahan ini dikisar

20 biji cili padi
20 gm lada kering
200 gm bawang merah
30 gm halia muda

Cara-cara

Telur di rebus hingga masak. Kupas kulit telur dan asingkan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum. Bancuh rempah kari didalam stok ayam dan tambahkan ke bahan kisar yang telah harum. Biarkan mendidih. Lau campurkan telur dan tomato. Biar masak selama 10 minit.