Kari Telur Bertomato

Ramuan / Bahan

4 biji telur ayam (direbus)
1 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu teh serbuk kari
½ cawan susu UHT
8 biji tomato kecil
Garam dan serbuk perasa secukupnya. Bahan-bahan ditumbuk halus:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sm halia

Cara-cara

Kupas telur dan ketepikan. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk rempah kari. Masukkan susu, tomato, garam dan serbuk perasa. Biar higga mendidih. Masukkan telur rebus. Belah telur sewaktu menghidang.