Kari Telur

Ramuan / Bahan

4 biji telur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili muda
2 sudu besar serbuk kari ½ biji kelapa parut
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar kicap tomato
Garam secukupnya
1 sudu teh air limau nipis

Cara-cara

Telur direbus keras & kupas. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. Kelapa ambil 2 cawan santan. Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit). Sebelum menghidang, telur dibelah 2 & aturkan di dalam pinggan. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina.