Kacang Dal Pecah Telur

Ramuan / Bahan

1 mangkuk kacang dal (dibasuh dan direndam)
santan pekat dan cair (dari 1 biji kelapa)
telur 3 biji
garam
ajinomoto
sedikit kunyit serbuk (untuk mewarnakan)
3 biji ubi kentang (potong ikut suka) bahan untuk menumis (dipanggil tumis atas darat)
sedikit daun kari
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. rebus kacang dal sehingga empuk.
2. masukkan santan pekat.
3. pecah telur sebiji demi sebiji.
4. masukkan kentang yang telah dipotong.
5. masukkan santan cair.
6. bubuh sedikit garam dan ajinomoto serta serbuk kunyit.
7. masak sehingga ubi kentang menjadi empuk di atas api yang perlahan.
untuk masak bahan menumis :
8. panaskan kuali.
9. masukkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan untuk menumis.
10.masukkan bahan tumis tadi dengan minyaknya sekali di dalam kuah dal tadi yang telah masak.