Udang Rangup Special

Ramuan / Bahan

500gram udang segar
5 sudu besar tepung beras
secubit garam
secubit serbuk kunyit
sedikit air

Cara-cara

1. Bersihkan udang dan toskan.
2.Masukkan tepung beras, garam,serbuk kunyit dan sedikit air ke dalam udang.
3.Gaulkan hingga rata.
4.Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.