Udang Goreng Tepung Berempah

Ramuan / Bahan

10-20 ekor udang sederhana
1 biji telur
5 sudu besar tepung beras
5 sudu kecil tepung jagung
5 sudu kecil serbuk cili
garam
serbuk perasa
air
minyak masak

Cara-cara

1. Bersihkan udang, buang kepala dan belah kepada dua bahagian sehingga paras ekor, jangan sampai putus
2. Masukkan semua bahan tepung, serbuk cili, garam dan serbuk perasa, gaul rata kemudian masukkan telur, gaul rata dan masukkan sedikit air sehingga sebati dan agak likat(pekat)
3. Panaskan minyak masak lebih kurang 2 cawan. Celup udang satu persatu dalam adunan tepung dan gorengkan hingga agak kemerahan dan garing. Toskan minyak sebelum dihidang.