Simply Sambal Udang

Ramuan / Bahan

udang 500g
bawang besar sebiji
bawang putih 5 ulas
cili kering 100g
asam keping sekeping garam
gula pasir

Cara-cara

Hiris bawang besar.Bawang putih ditumbuk hancur dan cili kering direbus dan
dimesinkan hingga betul-betul hancur.
Tumiskan bawang putih bersama cili yang dah dimesin beserta asam keping.Tumis sehingga naik minyak dan masukkan udang.Masukkan sedikit air dan biarkan selama 3 minit.Kemudian
masukkan bawang besar yang dah dihiris.Masukkan juga garam secukup rasa dan satu sudu besar gula pasir.Biarkan 1 minit dan hidangkan.