Tufahije

Ramuan / Bahan

300 ml air
500 gm gula
9 biji epal hijau Bahan-bahan inti:
50 gm kacang hazel, dikisar
30 gm badam, dikisar
100 ml air madu

Cara-cara

Masak air bersama gula hingga larut. Epal hijau dikupas kulit dan ditebuk di tengah-tengahnya. Kemudian ,masukkan epal di dalam bekas air gula mendidih dan biar hingga air gula sebati dengan epal. Biar sebentar. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat inti:
Satukan semua bahan inti dan kacau di atas api sederhana hingga sebati. Angkat dan sejukkan. Kemudian masukkan inti kacang ke dalam bahagian tengah epal. Apabila siap, picit krim di atas epal dan hias dengan sebiji ceri.