Kerabu Udang Ibu Mertuaku

Ramuan / Bahan

1. Cuka
2. Udang Segar (dibuang kulit, kepala, kaki - ambil isi sahaja) 1. Pucuk gajus dihiris/dimayam(kalau susah sangat nak dapat, ulam raja, pegaga pun boleh )
2. Bawang merah(hiris/mayam)
3. Cili kampung dihiris/mayam(lagi pedas lagi sedap-yang tak gemar pedas, kurangkan cili)
4. Belacan (secukupnya)
5. Garam (secukupnya)
6. Aji (secukupnya)

Cara-cara

1. Isi Udang ditumbuk/dilumatkan
2. Kemudian Perap dengan cuka selama 15-20 minit. Biarkan sehingga 'masak' iaitu kemerah-merahan (buang cuka tersebut).
3. Gaulkan pucuk gajus, bawang, cili yang telah dihiris/mayam.
4. Setelah Isi udang masak, gaul semua bahan-bahan dan masukkan garam,cuka dan aji secukip rasa.
5. Pastikan semua bahan-bahan diratakan untuk kesedapan yang luar biasa.