Claypot Makanan Laut

Ramuan / Bahan

Bahan A;( cincang halus)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
25 grm halia
Bahann B;
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan thailand
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
2 sudu makan sos cili
150ml air 80 grm udang basah-buang kulit
80 grm sotong bersih
80 grm isi ikan putih-ikut suka
50 grm kerang bersih
2 biji lada merah-potong memanjang
15 grm cendawan butang
15 grm jagung muda-potong ikut suka
5 grm daun bawang
1 biji bawang besar -potong dadu
2 sudu makan minyak bijan sebagai pembangkit selera
garam dan perisa

Cara-cara

Masukan minyak ke dalam claypot yang telah dipanaskan kemudian,masukan bahan2 A,setelah keluar bau dan kekuningan masukankan pula bahan2 B,apabila campuran bahan2 tersebut telah pecah minyak bolehlah masukan air,biarkan mendidih selama 10 minit,selepas itu masukan udang,sotong,isi ikan dan kerang tadi biarkan selama 15 minit,selepas itu masukan bahan2 lain tadi tutup selama 5 minit kemudian angkat dan bolehlah dihidangkan.