Udang/Sotong Goreng Kunyit

Ramuan / Bahan

8-10 ekor udang/sotong (saiz sederhana)
sotong dipotong tiga bahagian
jika menggunakan udang (jangan buang kulit)
½ inci halia (dimayang halus)
1 biji bawang putih (dimayang halus)
1 biji bawang besar (dipotong bulat-bulat)

½ batang cili merah (dipotong bulat-bulat)
½ batang cili hijau (dipotong bulat-bulat)
kunyit serbuk
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
½ cawan cawan minyak masak

Cara-cara

Mula-mula gaulkan sotong/udang dengan kunyit serbuk dan garam (sesedap rasa.
Panaskan kuali, kemudian masukkan minyak masak kemudian tumiskan bawang putih dan halia tadi sehingga naik bau kemudian masukkan sotong/udang yang telah digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam tadi. Bila sotong/udang sudah setengah masak, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau. Bila agak sudah hampir masak masukkan serbuk lada sulah. Kacau dan tutup api sedia dihidangkan.