Udang/Sotong Celup Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

Bahan A

Sotong / udang - 2 kg (sederhana besar)
120gm Tepung Gandum
1 biji limau nipis
60gm Tepung beras
60gm tepung jagung
3 biji telur grade B (kuning & putih diasingkan)
1 sudu teh rempah kari ikan
½ susu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
300 - 350ml air suam panas
Minyak masak Bahan B (sos cili)

6 biji lada merah
2 biji cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
2 - 4 sudu besar gula pasir (ikut citarasa)
Garam secukup rasa
½ cawan cuka
1 ½ cawan air masak
½ cawan Tomato sos

Cara-cara

1- Sekiranya menggunakan udang sabagai sajian .Buang kulit udang dari bahagian kepala hingga 1/4 dari bdan udang. Cuci & perahkan limau nipis. Gaul dengan lembut. Toskan didalam tapis. Sekiranya menggunkan sotong untuk sajian. Rebuskan sotong terlebih dulu selama 15min kemudian di toskan didalam tapis. (Pastikan udang/ sotong tidak berair semasa mengoreng).
2- Asingkan kuning telur dengan putih telur.
3-Bancuh semua bahan A. Gaul rata rata.
4-Pukul putih telur hingga kembang.
5- masukkan putih telur yang telah kembang tadi perlahan ke dalam campuran bahan A secara kaup balik proses.
6- Panaskan minyak masak untuk mengoreng.
7- Celupkan udang / sotong satu persatu kedalam campuran bahan A tadi kemudian di masukkan kedalam kuali yang telah minyak nya panas .
8- Warna gorengan seperti kemasan di angkat dan toskan kedalam tpais mengoreng untuk toskan lebihan minyak pada udang/ sotong celup goreng tadi. Letakkan kedalam pinggan hidang.

Untuk sediakan sos.

1- Blender semua bahan B tadi.
2- Panaskan kedalam periuk tanpa minyak sehingga campuran menjadi pekat.
3- Masukkan sos. Kacau rata rata.
4- masukkan kedalam mangkuk.