Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang Szechuan Berlada

Ramuan / Bahan

2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh biji lada szechuan
1 sudu teh gula
450gm udang (sederhana besar-dibuang kulit)
2 sudu makan minyak jagung
1 cili merah(dibuang biji)
1 sudu teh halia(diparut)
3 biji bawang putih(di cincang)
spring onion(untuk hiasan)
keropok udang(jika suka)

Cara-cara

Garam,lada hitam,dan biji lada szechuan ditumbuk(agak kasar sikit)dan selepas itu masukkan gula,campur kesemuanya.
Udang tadi dibersih dan dibasuh dengan air sejuk dan tos supaya air bertakung.
Panaskan minyak di kuali,masukkan udang berserta cili,halia dan bawang putih,goreng 4-5min sampai udang bertukar warna.Masukkan bahan giling tadi,goreng selama 1-2min.Angkat dan taburlah spring onion yang telah dihiris.