Udang Sizzling

Ramuan / Bahan

10 ekor udang sedang
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dihiris halus)
10 gm udang kering
10 gm biji gajus 2 biji cili merah
3 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Secawan air

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan udang kering. Kemudian masukkan udang dan bawang ke dalam tumisan tadi. Gaulkan sehingga rata. Apabila udang menjadi separuh masak masukkan air dan tunggu hingga mendidih. Setelah itu, masukkan pula sos tiram, cili merah, biji gajus dan garam secukup rasa. Untuk hidangan Sizzling, anda boleh memanaskan pinggan besi (hot plate) terlebih dahulu. Tuangkan masakan tadi ke dalamplate dan sedia dihidangkan panas-panas.