Udang Sambal Bertelur

Ramuan / Bahan

½ kg Udang Galah
3 camca besar cili giling
2 biji telur
2 camca besar sos tomato
1 labu bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 tangkai cili merah
sedikit serbuk kunyit
Sedikit bawang goreng (hiasan) Bahan tumbuk:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 batang serai (dititik)
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara

1. Udang dipotong muncung dan ekornya.Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.Goreng kekuningan dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk dan serai sehingga naik bau.Masukkan cili giling dan sos tomato serta gula dan serbuk perasa.Masukkan sedikit air dan tumis cili sehingga masak.
3. Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaul sebati.Pecahkan telur dan gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali taburkan bawang besar yang dipotong bulat. Angkat dan sedia untuk hidangan.