Udang Rebus Serai

Ramuan / Bahan

600 gm udang sedang
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 2.5 sm halia
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Udang dibersihkan. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang. Serai diketuk-ketuk sedikit, masukkan udang dan bahan-bahan yang dimayang serta serai di dalam periuk dengan air secukupnya. Kemudian jerangkan sehingga mendidih. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Setelah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.