Udang Percik Rembau

Ramuan / Bahan

500 gm udang galah atau udang harimau (dicucuk badan udang dengan lidi supaya tidak bengkok)
200 gm bawang kecil
300 gm cili merah atau cili kering
50 gm buah keras
5 cm halia 5 cm kunyit hidup
6 ulas bawang putih
6 batang serai
1 biji kelapa parut (diambil santan pekat)
Sedikit belacan

Cara-cara

Bawang putih, serai, cili dan belacan digiling halus. Ambil suku daripada bahan giling dan perap bersama udang selama dua jam.

Setelah itu, panggang udang dengan api yang sederhana. Seeloknya dengan kayu arang.

Tiga perempat daripada bahan giling ditumis sehingga naik bau.

Masukkan santan dan bubuh garam serta sedikit gula.

Setelah mendidih, angkat dan siramkan ke atas udang dan bolehlah dihidangkan.