Udang Percik Idaman Kalbu

Ramuan / Bahan

1 kg udang ( saiz sederhana)
100 gm bawang kecil-dikisar halus
20 gm halia-dikisar halus
20 gm bawang putih-dikisar halus
4 batang serai-dikisar halus
100 gm lengkuas-dikisar halus 30 gm belacan-dikisar halus
10 gm jintan putih-dikisar halus
30 gm cili kering-dikisar halus
1 biji kelapa diambil santan
1 keping gula melaka

Cara-cara

Perapkan udang dengan sebahagian bahan rempah lalu digoreng dan toskan. Sebahagian lagi rempah ditumis hingga naik bau kemudian masukkan santan bila pekat, tuangkan di atas udang.