Udang Pedas Dalam Daun Pandan

Ramuan / Bahan

1 peket perencah sambal tumis maggi
500 gm udang harimau (dibersihkan kulit dan uratnya)
1 camca besar jus lemon
6 helai daun pandan (dibasuh dan dipotong 8 cm panjang) Bahan untuk hiasan:

Hirisan timun
1 biji lemon
1 biji tomato

Cara-cara

Renihkan perencah sambal tumis maggi bersama udang dan lemon selama 15 minit.

Balut setiap ekor udang dengan sehelai daun pandan dan cucuk dengan pengcungkil gigi supaya kemas.

Goreng udang sehingga ia masak. Tuskan minyak. Hiaskan dengan hirisan lemon, timun dan tomato.