Udang Pedas Cili Hijau

Ramuan / Bahan

600 gm udang harimau, dibuang kulit kecuali ekornya
2 camca teh gula
60 ml minyak sayur
30 gm udang kering, dibasuh, disejat dan ditumbuk kasar
Sedikit garam
60 ml air asam jawa
12 biji cili hijau-dipotong serong
15 gm halba, direndam ½ jam dahulu-dikisar 15 biji bawang merah
1 batang serai
6 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
15 gm belacan

Cara-cara

Perap udang seketika bersama gula. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Segera masukkan udang kering dan goreng 4 minit. Masukkan garam, air asam jawa, udang dan cili hijau. Masak 5-7 minit. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.