Udang Mawar Merah

Ramuan / Bahan

5 ekor udang galah
½ tin susu cair
3 biji limau nipis
15 gm serbuk cili
10 gm serbuk jintan manis
Garam dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan dikisar

10 biji bawang merah
30 gm halia
8 ulas bawang putih
5 biji cili padi

Cara-cara

Udang galah dibersihkan dan dibelah belakangnya.

Campurkan susu cair dengan air limau nipis.

Perap udang bersama bahan-bahan kisar, serbuk cili, serbuk jintan manis dan campuran susu cair selama setengah jam. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Kemudian bakar udang di dalam ketuhar atau di atas bara api hingga masak.