Udang Masak Tomato

Ramuan / Bahan

1 kg udang basah (dibuang kulitnya)
1 biji bawang besar ] dihiris
1 pokok daun bawang ]
1 cawan sos tomato
1 sudu besar cili sos 10 biji cili merah ]
1.2 cm halia ] digiling
6 ulas bawang merah]
6 ulas bawang putih]

Cara-cara

Panaskan dan tumis bawang besar kemudian masukkan bahan giling. Masukkan udang, cili dan tomato sos dan kacau perlahan-lahan. Bila hendak diangkat taburkan daun bawang gaulkan barulah angkat.