Udang Masak Terutup

Ramuan / Bahan

1 kg udang besar
Minyak untuk menumis
1 biji kelapa, diambil dua cawan santan
2 camca besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan digiling

20 tangkai cili merah
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit basah
1 batang serai

Cara-cara

Udang dibersihkan tanpa dibuang kulit.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi.

Masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata. Biar hingga mendidih.

Apabila pekat baru masukkan udang. Kacau rata.

Biar hingga udang masak baru angkat.