Udang Masak Taucu

Ramuan / Bahan

300 g udang (buang kulitnya)
150 g taucu
3 biji cili merah (dibelah dua)
2 labu bawang besar ] dihiris
1 batang serai ] 5 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] ditumbuk
2.5 sm halia ]
Asam jawa dan garam

Cara-cara

Panaskan minyak tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi. Masukkan udang goreng hingga masak, kemudian masukkan taucu yang telah dibasuh. Tuangkan asam dan garam. Bila mendidih masukkan cili merah, serai dan bawang besar. Biarkan sebentar baru angkat.