Udang Masak Sweet & Sour

Ramuan / Bahan

500 gm udang yg bersaiz besar
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji cili padi dibelah 2
4 sudu besar sos plum
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Sedikit lada sulah
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama bawang besar hingga naik bau.
Masukkan udang, sos plum, sos cili, sos tomato, cili padi, dan gaulkan hingga rata. Biarkan ia sekejap.
Masukkan air biar ia berkuah sedikit, dan biarkan hingga ia menggelegak.
Masukkan lada sulah, garam, dan biarkan kuahnya pekat.
Hidangkan