Udang Masak Padang

Ramuan / Bahan

4 camca besar Minyak masak
10 ekor Udang besar
2 camca teh Gula
1 mangkuk Santan
1000 ml Air
Garam dan serbuk pelazat
5 biji Tomato ukuran sedang (dibelah dua)
2 keping Asam gelugur
3 biji Bawang besar (dibelah empat)
6 helai Daun limau purut
1 batang Serai
Sedikit lengkuas kecil (dipalu) Rempah-rempah untuk dikisar:

20 cili merah
2 biji buah keras
Sekeping daun kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
Sedikit buah pala
1 cm halia
40 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara

1. Udang dikerat jambangnya
2. Pundi pasirnya di buang
3. Jangan di apa-apakan kulitnya
4. Cuci dalam air garam
5. Toskan lalu gaulkan dengan gula
6. Panaskan minyak masak dalam belanga tanah liat
7. Goreng rempah-rempah yang di giling tadi sampai semerbak, masukkan bawang, serai dan lengkuas
8. Di susuli santan lalu di kacau rata-rata
9. Masukkan perencah tomato dan asam gelugur
10. Bila menglegak, masukkan daun limau purut dan udang
11. Masak selama 20 minit di atas api cukup panas
12. Hidangkan dengan nasi