Spegeti Ayam

Ramuan / Bahan

½ bungkus spegeti -direbus hingga lembut
300 gm isi ayam-dicincang halus
½ tin sup cendawan/ayam
2 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
2 biji tomato-dicincang
1 biji bawang besar-dicincang
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak-utk menumis
daun salad-utk hiasan

Cara-cara

-spegeti direbus hingga lembut
-angkat dan toskan
-masukkan sedikit mentega dan kacau sebati(agar spegeti tidak melekat)
-panaskan minyak
-tumis bawang besar hingga naik bau
-masukkan isi ayam-kacau 3 minit
-masukkan tomato puree, sos tomato,sos cili dan kiub ayam-kacau sebati
-akhir sekali masukkan sup cendawan/ayam
-masak hingga agak pekat
-jika kurang rasa, tambahkan garam