Udang Masak Mamak

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan menumis:
Bawang besar (dicincang dadu halus)
Halia (dicincang dadu halus)
Bawang putih (dicincang dadu halus)
Serai (dikatok)
Daun pandan (digunting-gunting)
Pelengkap sup ( bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)


Udang kasar
Rempah daging
Santan
Sos tomato
Garam
Gula

Cara-cara

Gaulkan udang dengan sedikit serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak.

Selesai menggoreng, gunakan minyak bekas menggoreng udang utk menumis bahan-bahan tumis.

Setelah bahan-bahan tumis berbau wangi, masukkan sedikit rempah daging. Kacau campuran sampai sebati.

Masukkan kira-kira satu gelas santan pekat yang telah dicampurkan air.

Masukkan sedikit sos tomato, garam dan gula.

Masukkan udang dan tunggu sehingga kuah kelihatan pekat.