Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang Masak Lemak Cili Api

Ramuan / Bahan

Semangkuk Udang (sederhana besar)
Bahan A
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Lengkuas
Halia
3 biji cili merah
5 biji cili api(bil. ikut suka)
Garam
Gula
Serbuk Kunyit
(semua bahan2 diatas dikisar/ditumbuk)
Serai - dititik Asam keping
Santan(segar/santan kotak jenama harmony)
Daun kunyit
Tomato

Cara-cara

Tumis semua bahan A sehingga wangi dan masukkan udang,daun kunyit dan asam keping. Biarkan seketika.

Masukkan santan. Sekiranya memilih santan Harmony jangan lupa air secukupnya. Gaul hingga sebati dan pekat jangan sampai pecah minyak. Akhir sekali masukkan tomato yang dipotong 4. Jangan lupa rasa dulu..

Siap untuk dihidang.