Udang Masak Kunyit Tempoyak

Ramuan / Bahan

1kg udang harimau/udang besar
BAHAN DIGILING:
5 biji cili merah (mengikut selera anda)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm belacan
+ sedikit air.

2 batang serai dititik
3 sudu besar tempoyak durian
2 keping asam keping
Air 1 mangkuk sederhana
garam & ajinomoto menikut selera anda

Cara-cara

Panaskan 2 sudu besar minyak masak.Tumiskan bahan giling tadi bersama 2 batang serai. Tutup kuali dengan tudung dan perlahankan api.

Biarkan bahan tadi benar-benar masak dan naik bau selama 10 minit. Jika air kering, jangan biarkan sambal anda kering supaya ia tidak hangus. Tambahkan sedikit demi sedikit air.(jangan terlalu banyak). Tutup semula tudung supaya baunya tidak hilang.

Proses inilah yang amat penting sekali bagi memastikan kuah anda nanti benar-benar kick baunya!

Selepas 10 minit, masukkan udang bersama tempoyak dan asam keping. Gaul perlahan-lahan udang bersama sambal tumis tadi hingga ia sebati bersama bau tempoyak, bila keluar air udang,biarkan seketika dan teruslah masukkan air 1 mangkuk.

Biarkan sehingga mendidih. Sebaik saja mendidih, terus masukkan garam dan ajinomoto mengikut citarasa anda.

Jangan biarkan kuali anda terlalu lama diatas api. Teruslah angkat udang anda kedalam mangkuk. Ini bagi mengelakkan udang anda daripada overcook!..