Udang Masak Jingga

Ramuan / Bahan

10 ekor udang galah
4 biji tomato
2 sudu besar tomato puri
½ sudu besar garam masala
Garam secukup rasa
Sedikit kacang peas
Sedikit minyak masak Bahan (A):
30 tangkai cili kering
12 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sm lengkuas
Sedikit belacan

Cara-cara

Udang dibersihkan dan toskan airnya. Tumiskan bahan (A) hingga garing. Masukkan tomato puri dan garam masala. Kemudian masukkan udang, kacang peas dan masak lagi hingga kering.