Spaghetti Simple

Ramuan / Bahan

1 bungkus spaghetti
1 botol sos spaghetti ( byk dijual di pasaraya )
1 bungkus daging kisar ( Ramly Burger )
1 tin cendawan butang (hiris nipis)
1 biji bawang besar (potong dadu)
sedikit minyak masak

Cara-cara

1)Didihkan air + secubit garam untuk rebus spaghetti. Campur sedikit minyak masak supaya spaghetti tidak melekat.Bila lembut tapiskan.
2)Untuk kuah : panaskan minyak dan tumis bawang besar. Masuk daging kisar. Agak masak, masuk sos spaghetti, cendawan butang dan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Mendidih - angkat.