Belimbing Sira

Ramuan / Bahan

150 gm tepung gandum
30 gm majerin
1 biji kuning telur Garam
1/3 cawan air
Gula halus

Cara-cara

Gaul tepung dengan majerin, garam dan telur hingga sebati.

Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut.

Canai nipis dan potong persegi kecil-kecil berukuran 2 cm x 2 cm.

Lipat dua menjadi tiga segi. Lipat dua lagi bahagian di belakang dan picit sedikit supaya tepung melekat.

Setelah habis, goreng hingga garing. Sejukkan dan golekkan di atas gula halus.