Udang Manis Sayur

Ramuan / Bahan

1 kg udang basah, sederhana besar
4 camca besar gula perang
60 ml air
200 ml mimyak menumis
3 biji bawang besar, dipotong bulat
Garam secukupnya

Bahan-bahan digiling halus:
3 tangkai cili merah 15 ulas bawang putih
6 biji isi buah keras
2 sm halia

Bahan hiasan:
1 biji lobak merah, dipotong bunga
2 biji tomato kecil
1 biji cili Jepun, dihiris memanjang

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan giling hingga garing. Masukkan bawang besar, gula perang, garam, udang dan air. Kacau hingga rata. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan bahan hiasan. Kacau lagi. Apabila masak, angkat.