Udang Malu Masak Merah

Ramuan / Bahan

600 gm udang saiz sederhana
2 sudu besar cili sos
4 sudu besar tomato sos
2 batang serai, diketuk
Sedikit gula
sedikit garam
sedikit air Bahan-bahan dikisar:
50 gm cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ cm halia
½ cm lengkuas

Cara-cara

Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan dahulu. Panaskan minyak. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih , halia dan lengkuas sampai garing. Kemudian masukkan cili sos, tomato sos dan air. Masak sampai mendidih. Setelah mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak pekat sedikit, tuangkan ke atas udang yang telah diatur di atas pinggan.