Udang Kesturi

Ramuan / Bahan

1 kg udang galah
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili hijau
5 tangkai cili merah
5 biji limau kasturi - dipotong empat 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit daun selasih
ΒΌ cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Udang hendaklah dibelah belakang(sedikit) bersih dan dibuang kulitnya. Kemudian digoreng. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris halus tadi sehingga baunya harum dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam secukupnya. Bolehlah dihidangkan bersama perahan limau kasturi tadi.