Spaghetti seafood

Ramuan / Bahan

1 bungkus spaghetti

Bahan sos
6 ulas bawang putih (cincang)
4 biji tomato (dadu)
1 tin sederhana tomato puree
½ peket daging cincang
Minyak untuk menumis
Garam dan gula sebagai perasa
3 biji bawang bombay (dadu)
1 tin cendawan butang (hiris nipis)
3 sudu pes cili (blender/beli siap)
1 botol besar sos spaghetti
5-6 ekor sotong putih saiz sederhana (dipotong)
20 ekor udang putih saiz sederhana (dipotong dua)

Cara-cara

1. Rebus spaghetti. Ikut arahan pada bungkusannya.
2. Panaskan minyak lebih kurang 3-4 sudu besar.
3. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan pes cili dan goreng sehingga pecah minyak atau garing.
5. Masukkan bawang bombay. Goreng seketika.
6. Masukkan tomato dan goreng seketika.
7. Masukkan tomato puree. Kacau.
8. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga agak masak.
9. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris.
10. Kacau supaya rata dan masukkan sos spaghetti. Biar sehingga menggelegak.
11. Masukkan sotong. Kacau sehingga sotong separuh masak.
12. Masukkan udang.
13. Masukkan garam dan gula secukup rasa.