Udang Kertas Masam Pedas

Ramuan / Bahan

600 gm udang kertas
10 biji cili kering
2 sudu besar minyak
2 sudu besar air asam jawa 1 sudu teh serbuk kunyit
4 labu bawang merah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan udang dan gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau tumbuk cili kering dan 2 labu bawang merah.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang. Masukkan cili kering dan bahan-bahan lain dan kacau selalu. Masukkan air asam jawa dan bawang yang dimayang. Kacau selalu. Apabila masak, angkat.