Udang Kering Bersantan

Ramuan / Bahan

30 gm udang besar
1 biji kelapa
13 ulas bawang merah
300 gm bawang besar
200 gm bawang putih
2 sm halia 200 gm cili kering
2 sm belacan
2 sm kunyit hidup
2 biji asam limau nipis
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Kelapa diparut ambil santannya yang pekat sebanyak 3 cawan. Bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, belacan, cili kering dan kunyit ditumbuk hingga lumat. Udang dibersihkan. Masak santan tadi hingga mendidih di dalam periuk kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Setelah itu masukkan udang, garam, asam limau, gula dan serbuk perasa secukupnya. Bila telah cukup pekat dan agak kering bolehlah diangkat.