Udang Kara Berkeju Dan Kacang Makadamia

Ramuan / Bahan

1.2 kg udang kara Australia
100 gm keju
50 gm kacang makadamia, dicincang halus
200 gm marjerin 10 gm garam
100 ml santan
3 sudu besar minyak masak
300 gm brokoli, dipotong kecil

Cara-cara

Potong bahagian kepala udang kara dan asingkan. Kemudian bahagian badan dibelah dua. Jangan buang kulitnya.

Satukan keju, kacang makadamia, garam, santan dan minyak masak ke dalam mangkuk. Kemudian sapu pada udang kara tadi.

Letakkan udang kara yang telah disapu tadi, ke dalam dulang dan bakar di dalam ketuhar, 20 minit pada suhu 250 darjah Celcius.

Kemudian brokoli digoreng sebentar dengan sedikit minyak dan ketepikan.

Setelah udang kara masak, hidangkan ia di dalam pinggan. Manakala baki kuah dituangkan pada udang kara tadi.

Sapu sedikit marjerin pada bahagian badan udang kara tadi. Hidangkan ia bersama brokoli yang telah digoreng.