Udang Kambas

Ramuan / Bahan

300 gm udang sederhana besar - digaram kunyit
2 sudu besar taucu - dibasuk dan ditos
1 batang kambas besar
2 biji cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - di hiris sederhana tebal

Cara-cara

Kambas dibelah dua memanjang, buangkan isi/biji dalam dan dihiris nipis. Rendamkan sebentar dalam air garam untuk mengurangkan rasa pahit.

Panaskan minyak dan goreng kambas di atas api kecil hingga kambas garing (warna perang). Berhati-hati jangan sampai hangus. Ketepikan.

Goreng pula udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.

Kurangkan minyak dan tumis taucu selama 1/2 minit.

Masukkan udang, bawang, cili. Gaul rata hingga bawang sedikit layu.

Akhir sekali masukkan kambas. Gaul rata.

Sedia untuk dihidang.