Udang Kalio

Ramuan / Bahan

2 kg udang harimau
100 gm bawang merah
60 gm halia
5 batang serai
60 gm lengkuas
50 gm buah keras
50 gm kunyit hidup
30 gm belacan 60 gm cili merah
150 gm bawang besar
6 helai daun limau purut
6 helai daun kunyit
1.5 liter santan
20 gm cili padi
5 keping asam keping

Cara-cara

Bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, belacan dan cili merah digiling halus. Bawang besar dipotong membulat, cili merah dibelah dua manakala cili padi dicincang. Bersihkan udang, kerat hujung, misai dan kaki serta dibiarkan berkulit. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan giling hingga wangi.