Spaghetti Sardine ala Malaysia

Ramuan / Bahan

1 peket spaghetti
1 tin besar sardine (isi dan kuah diasingkan-lecek isi sardin hingga hancur)
1 ½ biji buah tomato (didadu)
4 sudu besar cili boh
8 sudu besar sos cili
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dicincang halus
4 biji Cendawan hitam kering(direndam setengah jam dan kemudian dihiris halus)
Air (sukatan mengikut kesukaan individu)-dicadangkan dalam 2 ½ cawan.
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus spaghetti ke dalam air mendidih yang telah dicampurkan sedikit minyak dan garam sehingga masak.Apabila sudah masak,toskan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
3. Tumis cili boh sehingga masak.Masukkan sos cili dan kuah sardine.Serta bolehlah dimasukkan cendawan kering.
4. Masukkan sedikit air dahulu.Kacau semua bahan-bahan tadi.
5. Isi sardine yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam kuah.Masukkan separuh daripada buah tomato tadi bersama.
6. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu kering. Namun jangan tambahkan air terlalu banyak.Seelok-eloknya kuah sederhana pekat dan cair.
7. Apabila sudah mendidih bolehlah dimasukkan baki buah tomato tadi. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
8. Tutup api bila kuah sudah sedia masak.