Udang Harimau Bersos Bayam Gurindam Jiwa

Ramuan / Bahan

1 kg udang harimau
2 biji tomato, dibelah lapan
5 gm kulit kayu manis
50 gm tomato puri
150 ml krim
500 gm sayur bayam, dipetik daunnya sahaja
50 gm minyak sapi
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa Bahan-bahan dihiris halus:
150 gm bawang besar
50 gm halia muda
50 gm bawang putih

Bahan-bahan digaul dengan sedikit air:
5 gm serbuk kunyit
5 gm garam masala
5 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk cili

Cara-cara

Daun bayam dibersihkan kemudian dipotong halus. Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan yang dihiris halus. Kacau hingga naik baunya. Masukkan tomato puri, buah tomato, serbuk rempah, krim dan daun bayam. Kacau hingga rata selama lima minit. Masukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga rata, bila mendidih angkat dan hiaskan mengikut cita rasa tersendiri sebelum menghidang.