Udang Gulung Filo

Ramuan / Bahan

60 gm mentega
1 biji bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun ketumbar (dicincang)
1 biji limau nipis (diambil perahan dan diparut kulitnya)
Garam
Serbuk lada sulah
200 gm pastri filo
12 ekor udang (jangan dibuangg ekor) Bahan sos:

1 camca besar perahan limau nipis
1 camca teh sos tiram
1 camca teh sos cili
2 camca besar minyak
45 ml sos tomato

Cara-cara

Panaskan mentega dan masukkan semua bahan, kecuali pastri filo dan udang. Kacau rata dan angkat.

Benteng sekeping pastri filo, sapu campuran mentega cair tadi. Lapiskan sekeping lagi pastri filo di atasnya dan sapu campuran mentega cair. Ulang untuk lapisan ketiga.

Potong pastri menjadi segitiga. Letakkan udang pada satu bucu dan gulung. Biar ekornya di luar. Sapu mentega dan bakar selama 25 minit pada suhu 220 darjah Celcius.

Untuk membuat sos, kacau rata semua bahan di dalam mangkuk dan hidangkan bersama udang tadi.