Udang Goreng Tepung

Ramuan / Bahan

udang saiz sederhana(buang kulit dan kepala, tinggalkan ekor shj)
minyak untuk menggoreng( panaskan dgn api yg perlahan) 1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil minyak masak
1 biji telur
garam secukup rasa
air sedikit utk bancuhan
serbuk kunyit

Cara-cara

1.Udang dibersihkan dan ditapis agar tidak berair.

2.Masukkan tepung naik sendiri,telur,minyak masak,garam,serbuk kunyit kedalam mangkuk dan masukkan air sedikit sedikit supaya tidak cair. Bancuhan hendaklah pekat.

3. Pegang udang dibhgn ekor dan salutkan ia dgn bancuhan td dan jgn terlalu tebal.(pusing2kan didlm bancuhan).

4. Goreng hingga kekuningan.