Spaghetti Pedas Bebola Ayam Keju

Ramuan / Bahan

1 bungkus spaghetti.
1 bungkus daging ayam cincang(Ramly)
10 biji tomato merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus
2 biji cili merah - cincang halus
1 biji kentang - diparut halus
1 batang carrot - di parut halus
2 camca kecil Italian Herbs (terdapat di semua supermarket)
1 tin sederhana tomato puri
3 tin (guna tin tomato puri) air.
2 camca besar parutan cheddar cheese.
2 camca besar parutan parmesan cheese.
1 camca besar parutan mozarella cheese.
1 camca kecil Maggi Chicken granules.
Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara

Cara:

Rebus spaghetti dengan 1 camca besar minyak zaitun hingga lembut. Selepas tapis ,basuh spaghetti dengan air sejuk.

untuk kuah:
1. Tomato di rendam dlm air mendidih selama 2 min dan di keluarkan dan rendam dlm air sejuk supaya kulit nya senang di keluarkan. Lepas itu keluarkan biji tomato dan cincang isi tomato halus halus.

2. Panaskan 3 camca besar minyak zaitun. Tumis bawang merah yang di cincang dan biarkan sehingga bawang berwarna lutsinar.Lepas itu masukkan celery dan biarkan hingga lembut.

3. Masukkan tomato cincang , cili merah ,parutan ubi kentang dan parutan carrot.

4. Selepas itu masukkan 2 camca kecil italian herbs.

5. Masukkan tomato puri dan air.

6. Gaul daging ayam dgn garam dan lada sulah dan di kepal bulat bulat dan dimasukkan kedalam kuah.

7. Masukkan Maggi Ayam Granules (1 camca kecil) , gula dan garam.

8. Bila kuah dah mendidih , masukkan 3 jenis parutan keju itu.

9. Masak kuah ini selama 30 minit dgn api perlahan.