Udang Goreng Seri Puteri

Ramuan / Bahan

600 gm udang sederhana besar
10 gm serbuk kunyit
1 biji limau nipis (diambil airnya)
Serbul lada secukup rasa
Garam secukup rasa Bahan untuk membuat sos:
Bahan untuk membuat sos:

10 tangkai cili kering (dikisar)
40 gm bawang merah (dikisar)
10 gm bawang putih (dikisar)
10 gm halia (dikisar)
4 batang serai (dikisar)
2 sudu tomato sos
2 cm belacan
50 gm minyak sapi
50 gm kulit kayu manis
5 gm buah pelaga
120 gm dadih asli
2 sudu gula melaka

Cara-cara

Udang dibersihkan dan dibelah belakangnya.

Gaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada secukup rasa beserta air perahan limau nipis. Kemudian goreng udang sehingga ia masak.

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan penumis sehingga naik baunya.

Akhir sekali masukkan dadih dan biarkan ia mendidih.

Siramkan sos ke atas udang. Sedia untuk dihidang.