Udang Goreng Madu

Ramuan / Bahan

500 gm udang besar
1 camca besar cili boh
1 biji bawang besar, dimayang bulat
3 camca teh madu
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun pudina untuk hiasan
Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan digiling:
1 camca teh lada sulah
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar, digoreng tanpa minyak terlebih dahulu

Cara-cara

Bersihkan udang dan sejat. Gaul udang bersama cili boh, bahan-bahan giling, garam, serbuk perasa dan madu dalam masa sejam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng udang hingga kuning dan angkat. Hias dengan daun pudina dan bawang bulat.